
Pembiayaan Kontrak
Skim Pembiayaan Kontrak kami direka khusus untuk memenuhi keperluan syarikat-syarikat yang sedang mencari pembiayaan untuk kontrak tertentu yang diberikan oleh kerajaan, GLC dan pemberi kontrak yang dipilih pada kadar yang kompetitif.
Pembiayaan Pembangunan Hartanah
Kemudahan ini menawarkan pembiayaan separa kepada pemaju untuk kos pembangunan kediaman, komersil, perindustrian atau sebarang jenis projek pembangunan dengan nilai pembangunan yang berpotensi.
Pembiayaan Korporat
This facility offers partial financing for working capital requirements and/ or for the purchase of raw materials/ finishes. It is also available to finance the acquisition of assets and additional production line for business expansion.
Pembiayaan Harta Komersial
Kemudahan ini menawarkan pembiayaan untuk pengambilalihan harta komersial / perindustrian yang sudah siap atau yang masih dalam pembinaan. Kemudahan ini juga disediakan untuk membiayai semula harta yang telah siap atau aset lain yang diluluskan oleh MBSB Bank.
Pembiayaan Perladangan Kelapa Sawit
Kemudahan ini menawarkan penyelesaian kewangan kepada sektor perladangan kelapa sawit yang meliputi semua keperluan mereka untuk pembangunan perladangan kelapa sawit baru, memperluaskan perniagaan perladangan sedia ada atau bahkan untuk penanaman semula.
Pembiayaan Kelengkapan
Kemudahan ini menawarkan pembiayaan untuk perolehan kenderaan komersial dan jentera yang membolehkan pelanggan menyewa penggunaan aset dan/ atau seterusnya membeli aset dari MBSB Bank.
Pembiayaan Borong
- Inisiatif Kewangan Swasta
- Perniagaan Berstruktur
Pengurusan Projek dan Hartanah
- Menilai daya maju teknikal untuk setiap projek
- Nasihat mengenai struktur pembiayaan/ pinjaman untuk memenuhi keperluan projek dan pelanggan
- Sahkan status projek untuk cadangan pembayaran
- Bekerjasama dengan pelanggan dan perunding untuk memastikan semua projek yang dibiayai oleh MBSB Bank dapat disiapkan untuk diserahkan