
Pembiayaan Pendidikan-i
Pembiayaan Pendidikan-i adalah kemudahan pembiayaan patuh Syariah yang menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di Institusi Pendidikan tempatan dan swasta terpilih di bawah senarai panel Bank.
Pembiayaan Pendidikan-i
Konsep Syariah
Tawarruq
Pernahkah anda terfikir bagaimana aspek Syariah produk Tawarruq MBSB Bank dikembangkan? Kini, anda dapat meneroka pelbagai topik Kewangan Islam dari Modul Robo-Shariah-Advisor SKIL yang dilengkapi dengan proses lanjutan pengetahuan yang membolehkan anda mempelajari dan memahami aspek-aspek Syariah Tawarruq yang sebenar. Klik disini untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Kriteria Kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon Utama (Pelajar):
- Pelajar tidak bekerja - umur antara 18 - 30 tahun.
- Pelajar bekerja - umur antara 18 - 50 tahun.
- Pemohon Bersama:
- Umur antara 21 - 55 tahun.
- Maksimum sehingga dua (2) pemohon bersama.
Nota: Bagi pelajar yang bekerja, permohonan akan diterima sama ada dengan atau tanpa pemohon bersama. Pelajar bekerja mesti mempunyai pekerjaan atau menjalankan perniagaan sendiri.
Program Kursus
- Terbuka kepada semua program Asasi, Sijil, Pra-Universiti (cth: A Level), Diploma, Ijazah, Pasca Siswazah (Ijazah Sarjana & Kedoktoran) dan Kursus Profesional.
- Program Kursus mestilah di bawah senarai panel Institusi Pendidikan Bank.
Jumlah Pembiayaan (tanpa cagaran)
Minimum: RM10,000
Maksimum: RM250,000
Tempoh (termasuk Tempoh Pengajian)
Minimum: 5 tahun
Maksimum: 20 tahun ATAU sehingga umur pelanggan 60 tahun (pada titik pembiayaan tamat), yang mana lebih awal.
Nota: Tempoh Pengajian dihadkan sehingga maksimum 5 tahun atau seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Pelajar, yang mana lebih awal.
Margin Pembiayaan
Sehingga 90% daripada yuran Program Kursus (tambahan pembiayaan sampingan sehingga 5%).
Kadar Keuntungan
- Keuntungan dikira berdasarkan Kadar Boleh Ubah.
- Perlindungan dengan Kadar Keuntungan Siling dihadkan pada 11% setahun.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Risalah (untuk lepasan sekolah) Risalah (untuk pekerja profesional)