PENGUMUMAN PENTING
Para pelanggan yang dihargai,
Dalam usaha berterusan kami untuk memastikan pengalaman perbankan anda selamat dan terjamin, kami akan mengemas kini aplikasi mudah alih M Journey.
Sila kemas kini peranti mudah alih anda kepada sistem operasi (OS) (Android atau iOS) terkini untuk mengelakkan sebarang gangguan.
Peranti mudah alih anda hendaklah dikemaskini kepada keperluan terkini seperti yang dinyatakan di bawah:
|
Versi Sistem Operasi Diperlukan
|
Tarikh Berkuat Kuasa
|
|
Android 11 dah ke atas
|
3 Februari 2024
|
|
iOS 13 dan ke atas
|
3 Februari 2024
|
Soalan Lazim
1. Bagaimanakah cara untuk saya menyemak atau mengemas kini OS peranti mudah alih saya?
Pergi ke Tetapan -> Perihal telefon -> Kemas kini sistem. Anda akan dapat melihat OS semasa peranti anda dan pilihan untuk mengemas kini OS semasa anda.
2. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya tidak dapat mengemas kini OS peranti mudah alih saya?
Anda mungkin perlu menyemak keupayaan dan keserasian peranti anda dengan OS yang diperlukan.
3. Jika OS peranti saya tidak dikemas kini sebelum tarikh berkuat kuasa, bolehkah saya menggunakan aplikasi mudah alih M JOURNEY?
Ya, anda boleh terus menggunakan aplikasi tersebut. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat mengemas kini aplikasi M JOURNEY daripada Apple App Store / Google Play Store menggunakan OS semasa anda. Kami menggalakkan anda mengemas kini OS anda kepada Android 11 dan ke atas / iOS 13 dan ke atas untuk terus menerima kemas kini terbaharu di aplikasi mudah alih M JOURNEY.
4. Apakah yang berlaku jika saya tidak mengemas kini OS saya pada tarikh berkuat kuasa?
Anda tidak akan dapat menggunakan aplikasi M JOURNEY Mobile pada peranti mudah alih anda. Kami amat menggalakkan anda mengemas kini OS anda kepada Android 11 ke atas / iOS 13 ke atas untuk mengelakkan sebarang gangguan.
5. Mengapakah aplikasi Mudah Alih M JOURNEY hanya boleh digunakan pada Android 11 / iOS 13 dan ke atas?
Keselamatan perbankan dalam talian anda menjadi keutamaan kami. Dengan mengemas kini OS peranti anda, ia akan meningkatkan prestasi peranti, kestabilan dan yang paling penting, keselamatan peranti mudah alih anda dan aplikasi yang anda gunakan.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-2096 3000 atau e-mel kami di enquiry@mbsbbank.com.
Terima kasih.